Monday 9 October 2017

ELMK 3013: Nilai-Nilai Murni---Thomas Bata


ELMK 3013: Nilai-Nilai Murni---Thomas Bata

Ahli Kumpulan: Bong 1, Bong 2, Corn, Ah Ling 

“thomas bata”的图片搜索结果

Thomas Bata merupakan pengasas Jenama Kasut Bata yang terkenal di dunia.  Beliau dilahirkan pada 17 September 1914 di Zlin, Czechoslovakia.  Nama asal Bata ialah Batia. Beliau merupakan anak lelaki kepada Tomas Bata, iaitu pengasas syarikat Bata dan Marie Mensikova.  Beliau berasal dari sebuah keluarga yang sememangnya telah menceburi bidang pembuatan kasut secara turun temurun sejak lebih tiga ratus tahun lalu.  Salah satu sebab yang paling membolehkannya diketahui oleh ramai orang ialah visi beliau untuk memperkenalkan teknologi baru kepada syarikatnya dan mengambil pengeluaran ke peringkat yang tinggi di seluruh dunia.
Jenama Kasut Bata telah melalui sejarah yang panjang sebelum ia menjadi satu jenama yang terkenal serta dkenali oleh semua orang di persada antarabangsa.  Menerusi usaha gigih Thomas Bata, beliau telah memperkenalkan pelbagai koleksi kasut Bata yang mewakili semua golongan dan peringkat usia.  Misalnya, Power untuk aktiviti sukan, Malie Claire untuk wanita, Bubblegummers untuk kanak-kanak serta pelbagai keluaran lain.  Sehingga kini, syarikatnya telah memiliki seramai 40,000 orang pekerja, 4,600 buah kedai di seluruh dunia serta memiliki 40 buah kilang di 26 buah negara.  Peri pentingnya, syarikatnya berjaya menjual sebanyak sejuta kasut sehari dan sejumlah 14 bilion pasang kasut telah dijual dan dipakai oleh penduduk di seluruh dunia sejak dari awal penubuhannya sehingga kini.  
Beliau amat mementingkan amalan nilai bekerjasama dalam perusahaan kilang kasutnya.  Ungkapan “Bekerja secara berkumpulan dan hidup bersendirian” merupakan kata-kata semangat yang diperkenalkan oleh beliau dalam perusahaan kilang kasutnya.  Tujuannya adalah untuk memberi semangat bekerjasama kepada pekerjanya.  Nilai bekerjasama yang diamalkan oleh beliau bertepatan dengan Kod Etika Keguruan yang mengatakan bahawa para guru seharuslah bekerjasama dengan rakan sekerja serta ibu bapa murid untuk meningkatkan kemajuan anak murid dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Di samping itu, beliau telah mengamalkan nilai rasional dengan melihat teknologi sebagai alat untuk memajukan perniagaannya.  Tujuannya adalah untuk mengeluarkan kasut pada harga yang murah bagi membolehkan orang ramai mampu memilikinya sekaligus memastikan jumlah penggunaan kasut keluarannya meningkat berkali ganda. Seterusnya, beliau turut diberi gelaran “Henry Ford Eropah Timur” kerana telah menggunakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran bagi menjimatkan kos pengeluaran.  Nilai rasional yang diamalkan oleh beliau juga bertepatan dengan Kod Etika Keguruan yang mengatakan bahawa setiap guru harus menggunakan cara yang efektif untuk mencapai sesuatu matlamat dalam bidang profesion keguruan.  Misalnya, guru harus menggunakan cara yang sah sahaja, iaitu berdasarkan kecekapan untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapatkan pekerjaan.
Justeru, beliau telah mengamakan nilai ketabahan semasa menghadapi pelbagai cabaran serta rintangan dalam kehidupannya.  Selepas dunia mengalami perubahan dalam pelaksanaan ekonomi sekitar tahun 1990-an, Bata turut menutup hampir kesemua kilangnya yang beroperasi di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat, Perancis dan England.   Tindakan ini mengakibatkan beribu-ribu peluang kerja terpaksa ditamatkan dan hanya mengekalkan operasi di negara-negara membangun seperti India dan Zimbabwe.  Namun, beliau tidak putus asa untuk menamatkan perusahaan kilang kasutnya sehingga berjaya mendirikan lebih banyak cawangan kedai kasut di seluruh dunia.  Nilai ketabahan yang diamalkan oleh beliau juga bertepatan dengan Kod Etika Keguruan yang mengatakan bahawa guru harus tabah mengharungi segala cabaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, misalnya cabaran mengajar di persekitaran yang kurang kondusif, menghadapi anak murid yang kurang disiplin dan sebagainya.

Kesimpulannya, kami harus bersyukur terhadap sumbangan beliau yang telah memberi banyak manfaat kepada kita.  Kita haruslah menjadikan Thomas Bata sebagai idola kita kerana beliau telah mengamalkan banyak nilai murni yang dapat kita contohi.  Kita juga haruslah selalunya mengenai jasa beliau supaya tidak seperti kacang lupakan kulit.

No comments:

Post a Comment